Wednesday, 28 January 2015

Seoul, South Korea Part 1

Hai. Ini kali pertama kak cik buat entre berkaitan dengan travel atau jalan-jalan ni. Kak cik cakap jujur, ini bukan entre untuk bagi tips atau apa, ini hanya entre untuk share pengalaman dan keterujaan. Aha.. ;-)

Enjoy reading okay... Kalau malas baca, tengok gambar je. Sebab kak cik pun malas nak menulis. Ekeke..

The story begin. 

Kak cik nak kata minat giler dengan drama korea tu tidok ler.. Tak ada lah sampai menjerit-jerit kalau ternampak gambar atau MV atau poster oppa korea kat mana-mana. Cumanya, kak cik ni boleh dikatakan membesar dengan drama-drama korea lah jugak. Seawal darjah 3 mungkin. Waktu tu cerita winter sonata. Kemudian Stairway to heaven. Waktu tu, yang lawaknya kak cik tak sedar pun yang kak cik tengah tengok drama korea. Ingatkan tengok cerita china.. Haha.. almaklum, cerita korea di Malaysia kan kebanyakkannya telah di dubbing suara ke bahasa Cina. Sehinggalah drama korea yang ketiga kak cik tengok iaitu Jewel In The Palace, waktu tu barulah kak cik tahu yang selama ni yang kak cik tengok tu adalah drama korea sebab ada satu babak dalam drama tu dia kata "Awaklah tukang masak paling hebat di KOREA"... haha...

Tapi tak semua drama kak cik tengok. Memilih jugak. 1st kak cik tengok cerita tu tentang apa. Tentang memasak? Kedoktoran? Haaa... itu memang tak ada kompromi lagi. Tak kisah siapa pelakonnya. Memang akan ditonton sampai kebas punggung. Hehe..

Jadinya, bila kita selalu tengok drama korea ni, bahasa korea pun dah pandai sebut dua-tiga patah, jadi teringinlah nak tengok negaranya macam mana. Adakah indah khabar dari rupa atau sebaliknya. Sebab seperti yang kita tahu, kebanyakkan drama korea ni bertujuan nak promosikan tempat-tempat menarik di negaranya. Sebut saja, tempat mana yang pernah difilemkan, tapi tak jadi tempat pelancongan? Tak ada, bukan?

Nak tunggu suami bawa pergi honeymoon di korea, gerangan orangnya pun tak jumpa lagi. Jadi kita pergi sendirilah dulu. Kalau ada rezeki kita pergi lagi. Hehe... lagi pula, kawan kak cik cakap travel zaman bujang ni best! Ye ke? 

Jadinya bermulalah episod mengumpul duit. Memang agak sakit jugaklah. Memang betul-betul kena jaga perbelanjaan. Tambah tambah bila kak cik pilih untuk pergi masa musim winter. Alang-alang pergi negara 4 musim kan, jadi pilihlah musim yang tak ada di Malaysia. Hehe. 

Duit yang dikumpul tu untuk beli barang-barang keperluan musim sejuk. Besar jugak belanjanya. Kalau tak silap, kak cik habis dalam +/- RM500 jugak lah. Itupun winter coat dah safe budget sebab pinjam yang sepupunya. Kalau nak beli yang baru paling kurang pun RM200. Nak beli seluar lagi, long john, gloves, thermal stocking, kasut dll. Memang agak mahal. Dan semua tu kena cari di KL. Sebab di Kedah kak cik tak nampak di mana boleh dapat. Hehe... Gigih betul.

Baju winter coat yang kak cik pinjam dari sepupu tu pula, winter coat lelaki tau. Sebab sepupunya lelaki. Hehe.. Lantaklah. Lelaki pun lelakilah. Nak pakai kejap je. Ehehe...

Bila dah jumpa agensi (Jom Travel) yang sesuai dan dipercayai, maka bermula lah episod menanda di kalender. Hehe. Tak sabar nak rasa musim sejuk. Sambil tu, ada la juga jalan-jalan di blog blogger-blogger yang pernah pergi. Mana tahu kalau-kalau ada tips dan cadangan kan. Lagi pula, Jom Travel ni dia gunakan konsep backpacker means kena banyak berjalan. Tak boleh manja-manja lah. Pengangkutan yang digunakan semuanya adalah pengangkutan awam dan perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. 

So, mindset kak cik cakap, 2 minggu sebelum pergi aku kena jogging dulu. Ya, seriously, jogging memang sangat membantu. Walaupun letih, tapi at least otot kita dah bersedia untuk berjalan jauh. Dan kak cik sangat takut kalau tetibe kaki kejang sebab sejuk lalu menyusahkan orang lain. Jadi, tiap-tiap pagi selepas subuh kak cik pergi jogging. And seriously, berjogging memang sangat-sangat membantu. :-)

Antara keperluan yang kak cik rasakan sangat penting adalah tisu lembap, tisu kering dan botol air. Sebagai orang islam, kita wajib beristinjak selepas qada hajat dan alat-alat istinjak tersebut sangat diperlukan di sana. Satu lagi yang sangat penting adalah lotion dan krim bibir untuk mengelakkan kulit daripada kering kemudian mengelupas seterusnya gatal-gatal dan akhirnya berdarah lalu terluka. Hehe.

Sebelum pergi kak cik tukar dulu duit di money changer. Tak banyak. Tapi sebenarnya banyak la jugak. Huhu... sebab duit malaysia kan rendah dari korea. Kak cik tukar dalam RM500 untuk sourvenir kenang-kenangan. Boleh dapat dalam 160 000 won. Banyak kan? Tapi sikit je tu bagi duit korea. Anggap je 160 000 tu macam RM160 je. Haha.

Huh, panjangnya mukaddimah, korea nya belum sampai lagi. Hehe. 

Tapi, sebelum itu, i beg your pardon... sebelum pergi memang kak cik sediakan buku nota 555. Untuk take note benda-benda penting macam nama tempat, nama makanan dan sebagainya. Tapi sebab terlalu teruja, kak cik lupa langsung nak menulis. Diari pun lupa bawa. Jadinya, apa yang kak cik tulis di bawah ni hanyalah apa yang masih berbaki di memori. :-(... My bad...

So, tanggal disember 2014 yang lalu maka terbanglah kak cik dengan pesawat air asia D7504 ke Incheon International Airport. 


i'm super duper excited sebab dapat seat tepi tingkap. :-).. Perjalanan hanyalah 6 jam sahaja. Tak de lah lama sangat. Kak cik naik bas ulang alik dari Terengganu ke Kedah lagi lama tau. Hehe. Penting untuk diingatkan di sini, jangan berjaga dalam flight. Paksa diri untuk tidur atas flight, selain untuk elakkan diri dari mabuk udara, ia juga boleh hindarkan kita dari jet lug setibanya di korea nanti... :-)

Kebetulan! Ternampak Penang Bridge di korea. Hehe..


Bila dah sampai di Incheon International Airport, memang kagum gila. Dikhabarkan airport ni adalah airport terbaik di asia. Selama ni, kak cik takut jalan sorang-sorang kalau berjalan di KLIA, takut sesat sebab bagi kak cik KLIA tu sangat besar. Hehe... Rupa-rupanya airport korea ni lagi lagi besar. Nak ambik bagasi pun kena naik train dulu. Nak ke pintu pelepasan antarabangsa pun kena naik train dulu. Pheww.. Nasib baik ada sign board.

Jadinya, bila sampai barulah berkenalan dengan ahli rombongan yang lain. Datang dari pelbagai negeri. Ada yang datang seorang diri, bersama kawan dan ada juga yang datang bersama keluarga. Yang lawaknya, boleh dikatakan hampir kesemuanya adalah pendidik. Hehe...almaklum, cuti sekolah kan waktu tu. 

Perjalanan dari airport ke tempat kami menginap lebih kurang sejam dengan menaiki subway. Guesthouse kami berdekatan dengan Jonggak Station.

Inilah guesthouse kami. Hi5. Hehe... teringat cerita Hi5 kat ntv7 dulu. Suka sangat nonton. Memang best. Tambah-tambah part menari dan bernyanyi. Kak cik suka juga part buat kraftangan. Tapi anggotanya dah berubah sekarang. Dah tak best. :-(

Ini bilik kami. Satu bilik tinggal berdua. Agak selesa.

Tandasnya. Tempat yang paling nyaman sepanjang berada di korea. Huhu... Bukan sebab kak cik suka tinggal di 'rumah syaitan' ini, tapi sebab ada air panas. Memang boleh duduk berjam-jam bawah pancuran shower. Eheh.

So, for the 1st night there, kak cik dan beberapa orang yang lain jalan-jalan makan angin di sekitar guest house tersebut. Malam adalah aktiviti bebas. So, ikut suka nak pergi mana asal jangan sesat. Disebabkan musim sejuk hampir tiba, jadi waktu malamnya adalah lebih panjang dari siang. Langit start gelap seawal 5 petang dan cerah kembali pukul 7 pagi. Sepanjang malam purata suhu adalah -8 hingga -10. Sejuk yang amat. Tak pernah lagi seumur hidup rasa sejuk sesejuk ni. Gigi atas dan bawah boleh berlaga antara satu sama lain.

Bila badan dah tak boleh nak control rasa sejuk tu, cepat-cepat kami turun bawah tanah atau masuk ke kedai mana-mana untuk panaskan badan.

Benda pertama yang kak cik beli semasa di sana adalah susu pisang ni... wooo... mengidam dari malaysia lagi kot. Haruslah beli kan. Rasa dia? Sedap.... Sedap macam mana? Sedap sampai korang rasa nak nangis waktu minum tu, takut habis. Haha.. Boleh bayangkan tak? Harga dia 1300 won. Kak cik rasa kak cik dah habiskan 10 000 won untuk minum susu ni sahaja sepanjang berada di sana. Hehe. Tapi hanya perisa pisang dan honey dew sahaja boleh beli. Perisa lain ada gelatin.

Ini nama dia adalah hot pad. Nyawa kak cik di korea. Fungsi dia, bila kita genggam dia terasa nyaman sebab dia memanaskan. Letak di pipi, tapak tangan, tapak kaki atau mana-mana sahaja anggota yang rasa nak membeku. Hehe.


Hari ke-2 kami bergerak ke Gyeongbok Palace. Tak jauh dari guesthouse. Lebih kurang setengah jam berjalan kaki. I really enjoy long walk. Pusing kanan... Pusing kiri... Kedai semua tak buka lagi. Sebab baru pukul 7.30 pagi. Hehe. Udara dia... tak payah cakap... Memang sejuk menggigil... -3... Gambar pun tak banyak ambik sebab tangan asyik masuk dalam poket sahaja.

Okay... Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini, kak cik tersenyum. Sebab, akhirnya.... Finally! Dapat jugak masuk kawasan istana. Walaupun kak cik tak pasti sama ada tempat ni jadi lokasi pengambaran Dae Jang Geum ke tak. Hehe... Tapi who knows, kan? Luas istana ni sama dengan 50 padang bola sepak. Kak cik berjalan sahaja pun tak sampai 2 padang bola sepak. Sebab masa yang diperuntukkan hanya sejam. Dan kami juga takut tersesat. Kang tak dapat cari jalan balik. Hehe. 


Wah!!!... Suka sangat dengan lorong ni... :-)


First time in my life dapat pegang salji. Teringat ais kacang simpang empat. Macam inilah rupa dia. Halus bebenor.


Kebetulan waktu tu ada istiadat pertukaran pengawal istana. Kak cik admire la dengan siput yang pengawal tu tiup macam trompet. Hehe... Erk, depa ni tak sejuk ka, ha?


Hadapan pintu masuk utama. Kat luar tu dah bangunan tinggi-tinggi. Istana ni duduk kat tengah-tengah bandar Seoul.


Berdiri keras macam patung.

Dah habis pusing-pusing dalam istana, kami keluar jalan ke Muzium King Sejong. Tak jauh dari situ. Di sepanjang jalan, banyak jumpa pokok kobis ni di tanam di dalam pasu-pasu. Mungkin hanya pokok ini sahaja kot yang sesuai ditanam pada musim tu. Hiks.

Negara-negara ASEAN? Ingatlah lagi tak ada berapa negara ASEAN? Tak ingat? Sila balik buka buku sejarah balik. Hehe...Spot the malaysian Flag...

Kebanyakan pokok ditutup dengan jerami ni. Tak pasti kenapa. Mungkin tak nak bagi salji sentuh perdu pokok kot. Takut cepat mati. Hahaha.. memandai ja buat spekulasi sendiri.

Muzium king sejong. 1st time sampai. Apa yang terlintas di kepala, eh, ni bukan muzium. Kecik bebenor. Ni macam tugu ja. Bayangkanlah, tugu ni ada di tengah-tengah divider jalan yang besar . Kiri dan kanan tu adalah jalan raya besar. 

Rupa-rupanya di bahagian belakang tugu ni ada pintu masuk. Dan muziumnya berada di bahagian bawah tanah.


Belajar tulis hangul di situ. Raja Sejong inilah yang mengasaskan tulisan hangul. Seriously, tak susah mana pun. Haha...

On the way balik ke guesthouse (juga berjalan kaki), kami singgah makan tengah hari. Nama makanan ni adalah bibimbap atau dalam bahasa melayunya adalah nasi campur. Nasi digaulkan dengan bahan-bahan di atas. Agak sedap. Cuma seaweed awal-awal lagi kak cik tolak tepi. Hehe... Hidangan sampingan tu adalah ketam cili, kim chi dan salad.

*Menariknya di sini dan di semua kedai makan di korea, disediakan air kosong di sudut kedai. Bangun ambil sendiri dan ianya percuma. Haaaa, ini patut diamalkan di Malaysia. :-)

Lepas makan, balik guest house semula untuk solat. Kemudian kami naik subway untuk melawat perkampungan Namsangol Hanok. 


Kat sini lagi feeling Dae Jang Geum. Hehe

Nampak tak menara Namsan? Haha... kak cik tak pernah tahu pun tentang namsan tower ni. kawan kat sini yang bagi tahu. katanya itu menara cinta. Sebab apa? Nanti kak cik cerita. Dan running man pernah pergi situ. Oh, maaflah. Kak cik tak minat running man dan moga-moga tak akan minat. Sebab takut dapat penyakit 'tidur tak lena' sebab teringat tengok running man tak habis lagi. Hehe... 

Nak kata sungai, kecik sangat. Nak kata longkang besar sangat pulak. Mungkin sesuai panggil parit kot. Air parit yang sedang membeku. Hehe.


First step on ice ! Agak licin. Just be careful. ;-)

Nampak je mendatar macam ni. Padahal nak mendaki ni.... laaaaa haiiii... mengah dibuatnya.... 

Daun yang tak gugur sepenuhnya lagi.

Autumn in my heart.. :-) hehe

Dae Jang Geum !!!!

Kak cik wonder macam mana depa berlakon di istana. Dengan pakai baju hanbuk yang kembang tu lagi. Mana nak melangkah naik anak tangga lagi.. Tangga tu nampak je macam tu. Tapi sebenarnya agak tinggi. Dan, huh.... risau betul kalau tengok budak-budak lari... Kalau terjatuh memang confirm luka.

Bilik memasak.

Macam rumah tumpangan yang kita selalu tengok kat dalam TV..

On the way nak balik guest house, kami singgah di gerai ajussi ni. Nak try street food korea. Tak semua halal tau. Pandai-pandai la tanya. Yang kami try makan dua jenis sahaja. Tteokbokki dan apa entah nama satu lagi tu... Macam udang celup tepung. Tteokbokki tu dalam bahasa inggerisnya adalah rice cake. Kedua-duanya dimakan dengan sos khas. Nampak macam panas kan? Sebab asapnya berkepul-kepul. Tapi tak delah panas pun. Suam je. Asap berkepul tu sebab bertembung dengan angin sejuk di luar. Kedua-dua makanan tersebut harganya lebih kurang 2500 won.

Sebelum pulang beradu, singgah makan di Intanbul Kebab yang terletak di Hongdae. Kak cik tak berapa pasti apa signifikan nya Hongdae ni. Tapi ia macam familiar dengan peminat-peminat running man. 

bersambung ...


No comments:

Post a Comment